Pages

Resepi Ikan siakap 3 rasa


Alhamdulillah done for dinner, selamat dah masuk perut. Jarang nk kongsi resepi kat sini, time tengah santai2 dgn hubby boleh la update resepi kat sini ye dak.. 

Lately ni banyak dah mkn ayam sampai jemu, lagipun hubby tak berapa suka ikan, itu yg jarang nk masak ikan. Tapi harini dah surrender kena jugak beli ikan, lepas tu rasa nk makan ikan siakap masam manis / 3 rasa nama saintifiknye, mueheee. Resepi ni kira resepi campak2 ikut suka I hahaha sebab malas nak google2 jadi kita buat la ikut apa yg ada dalam fridge . Maka terhasillah....

Bahan utama:
Ikan Siakap / Ikan merah / apa jua jenis ikan

*Ikan digoreng terlebih dahulu, salut ikan dgn garam + serbuk kunyit mcm biase. I letak tepung jagung sikit . 

Bahan hiris:
-Bawang besar / holland 
-Bawang putih 
-Halia (hiris memanjang)

Bahan hiasan:
-Cili merah 

Bahan tambahan lain:
-Tomato (bagi masam)
-Daun limau
-Cili Kisar + Cili api (potong kecik2) *ikut suka
-Air ikut nk byk mana
-Sos cili 
-Sedikt tepung jagung

Cara-cara :

1) Panaskan minyak, masukkan semua bahan hiris sampai naik bau.
2) Masukkan cili kisar , kalau nk pedas masuk lebih bersama cili api yg dipotong halus, biarkan sehingga cili masak.
3) Masukkan sos cili / sos tomato dan daun limau
4) Tambah air ikut suka kalau nk kuah pekat / cair
5) Masukkan sedikit tepung jagung bagi kuah pekat sikit
6) Masukkan hirisan tomato & cili merah
6) Perasakan dgn gula & garam 
7) Siap !! Tuangkan atas ikan yg da siap goreng td. 

Simple kan? Sesiapa yg ada bahan lebih boleh masukkan hirisan timun, hirisan carrot & nenas. Selalu kalau mkn kt kedai mmg letak semua tu. I tak cukup bahan je so letak la apa ada. 


Siap! Kawan die I buat sotong goreng tepung hubby request. Senang je cara dia kalau I buat la kn, org lain buat tak tahu muehehe, campurkan sedikit tepung jagung+tepung gandum+garam+serbuk kunyit. Then masa nk goreng tu celup sotong yg dah disaluti tepung td ke dalam telur baru letak atas minyak yg panas. Bila disalut telur rasa die lembut2 gituuuu. 

Selamat mencuba gaisss ;) 








1 comment:

simplybeautyhealth said...

Sotong goreng tepung paling sodappppppppp!!!! Ikan pon. alahaii pengsann nakk

!♥Kisah Honey Dalia♥! Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign