Pages

SAFI combination for 1st testing

Tengah excited nak cuba produk baru, nak tinggalkan yang lama. Tapi produk ape? 
kalau boleh nak cari produk yang murah sesuai dengan budget tapi berkesan. Ade ke ?? 
Actually before that aku pakai produk Natasya, bukan yang Gold tapi yang biase. harge die? ha tak payah cakap lah. confirm- confirm dalam angka RM100 ! Mahal kan? yee. mahal dan berkesan, sesuai sangat dengan kulit aku nie. tapi itu dulu, 3-4 tahun lepas, around 2007-2008. during my study in Diploma. But now... huh sangat mendukacitakan. T_T

Seriously aku memang dah tawar hati nak pakai Natasya, Opss ! bukan nak mempengaruhi sesape. tapi hakikatnya macam tue lah. sejak due menjak ni Natasya macam dah tak bagi kesan elok untuk kulit aku. ade je jerawat nak tumbuh keliling muka. lepas tu tinggal parut yang memang degil betol nak hilangkan diri. actually pernah dengar dari kawan-kawan time study dulu yang produk ade bahan kimia nie boleh bagi kesan negatif untuk jangka masa panjang. so dah macam-macam dalam pikiran aku sekarang nie..
haisshhh..  takot .. -_- !!

Lepas dah habis pikir dari semalam lagi, lastly I got one idea. WHAT ??????
Safi Balqis Perfect 10. 
yeaahh ! hari nie jugak keluar dengan adik sambil cari kasut terus singgah kedai kecantikan. tapi before decide nak try guna produk ni, memang dah survey feedback from those yang pernah pakai. firstly, I thinks product ni just for pencerahan, bukan untuk hilangkan parut, jerawat or something else. that's why before that pandang produk ni sebelah mata je even dalam hati macam tertarik je nak mencuba. tapi rupanya sangkaan salah sebab aku ade terbaca dalam beberapa blog yang puji produk ni. katanya muke diorang pun bermasalah, then lepas pakai product ni terus oke. So ???? ape lagi, makin membuak-buak perasaan ni nak beli then terus pakai. hehe.  excited giler kan. tambah lagi produk Safi ni dari dulu lagi memang dijamin halal, then kurang bahan kimia. itulah yang kite cari. ecececehh.. @*#$%%^^

Berbalik pada ceite ... bile aku sampai-sampai je kat kedai tu. tak sangka first produk yang aku nampak Safi Balqis Perfect 10.. Aiiiiii macam tau-tau je aku nak beli die kan. jodoh ke? haha. mengarut dah kau !
*&^%$%#@^*
then terus je aku pegang kotak die yang comel tu, sebab aku plan nak beli trial pack dulu, tapi rupenye tak, sis promoter tu cakap trial pack takde or dah habis? entahla aku pun lupe. haha. tengah excited memang kurang pendengaran sikit. hoho. kalau nak beli produk macam ni mesti ada promoter yang datang nak bantu kan. kalau beli pakaian aku memang kisah sangat kalau promoter ikut belakang. rimas tahu tak ! tapi kalau time beli produk kecantikan promoter memang wajib ada untuk guide aku. bertalu-talu soalan aku tadi sebab nak dapatkan produk yang terbaik. kononya nak beli semua produk Safi Balqis Perfect 10. tapi last-last 3 produk safi yang berbeza aku beli. huh !


Safi Gamat, Safi Balqis Perfect 10, and Safi Rania Gold. tiga jenis safi aku beli. pernah ke orang combine Safi dalam satu masa? entah-entah aku je yang pelik. haha. mula-mula aku ragu-ragu nak beli tapi lepas dapat nasihat dari sis promoter tu, aku rasa yakin. dia cakap nak combine tak jadi masalah sebab die still produk yang sama, and ade kandungan yang sama. oke ! lastly decide nak beli even tak lengkap lagi sebab tak cukup budget lepas dah beli kasut tadi. huhu. laen kali bawak duit lebey ye cik hajar sayang. naseb baek cukup time nak bayar tadi. -_0

So sekarang still dalam percubaan pakai produk ni. harga pun tak berapa mahal, sesuai dengan budget aku as student. cuma mengharapkan produk ni bagi kesan yang baik. now nak tengok perubahan dalam masa 2 - 3 minggu lagi. hope everything is going oke . 

First Giveaway by Onitsukahana

Setelah hampir lama jugak lah blog nie menyepi sebab stop kejap join mane-mane Giveaway demi mengejar cita-cita lah katakan.  Ecececehh. ^,-
Tibe-tibe terbukak hati nak start active join macam dolu-dolu, hee so Giveaway kali ni dari blog hijau yang comel lote. sejuk je mata memandang bile masuk blog ni tau. (klik link untuk join)


Ha kotak GA die pon warne ijau taw. untuk join GA ni kene bagitau warna favourite. so tanpa segan silu nye nak bagitau kat sini warna favourite yang terbaru ialah warna OREN.. hee. sorie warna pink, u tetap di hati I sampai bile-bile. nak curang sekejap je boleh. hee. warna OREN di hati sekarang .. `peace ^^`

SYARAT PENYERTAAN   
1. Buat 1 entry bertajuk 'FIRST GIVEAWAY BY  ONITSUKAHANA'
                                2. Letak banner GA di dalam entry korang
                                3. Nyatakan warna yang korang suka (wajib untuk hadiah nanti) 
                                4. Tinggalkan link korang dalam entry ini.
                                5. Penyertaan yang kurang dari 10 kebawah secara automatik akan ditutup
                                6. Nak tag pun boleh (lagi banyak penyertaan lagi cerah peluang untuk menang)

   HADIAH
   Tudung bawal bersulam atas kepala ( bilangan mengikut penyertaan )
   
GA tamat 31 January 2012.... :)

!♥Kisah Honey Dalia♥! Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign